Zaid Ahmad

Zaid Ahmad adalah penyandang kursi Profesor dalam bidang Falsafah dan Pengajian Tamadun di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Sejak tahun 1987, beliau adalah ahli akademik dan telah memberi syarahan dan ceramah termasuk ucaptama di pelbagai seminar dan konferensi dalam bidang kepakarannya termasuk sains kemanusiaan, sains sosial, sejarah, tamadun, etika, dan lain-lain. Pada 2009, beliau mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Peringkat Tinggi UNESCO (UNESCO High Level Meeting) mengenai Pengajaran Falsafah di institusi pengajian tinggi Asia dan Pasifik di Manila, Filipina. Beliau juga adalah narasumber bagi Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT) mengenai epistemologi dan pendidikan. Antara karya utama beliau adalah The Epistemology of Ibn Khaldun (cetakan 2003, 2007, 2010), London & New York: Routledge.

Email: zaid_a@upm.edu.my.

Profil penulis/editor dikelola oleh penerbit. Apabila menemukan ketidaksesuaian, silakan menghubungi langsung pihak penerbit.